SENARAI NAMA PEGAWAI UNIT ICT/MAKLUMAT

Abdul Hadi bin Idris(Pen.PPD ICT)

Aktiviti Unit/Pergerakan Pegawai(Kemaskini 19/09/2011) Klik disini!

Kursus Pengendalian dan Penggunaan Wireless Internet SMS(terbuka)
Tarikh:21/09/2011 - 23/09/2011
Masa:8.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat:PKG Nibong Tebal, SPS

(Tutup)

Selasa, Oktober 28, 2008

PERKARA-PERKARA PERLU PERHATIAN DAN TINDAKAN SEBELUM MESYUARAT EMIS 03/11/2008

Salam/Selamat sejahtera.

Guru Data EMIS
Daerah Seberang Perai Selatan.

TUMPUAN DATA EMIS BERAKHIR 31 OKTOBER 2008

Jasabaik tuan/puan guru data memberikan tumpuan kepada perkara-perkara berikut, demi memudahkan dan menjayakan mesyuarat EMIS pada 03/11/2008 kelak.

1. Pastikan Enrolmen dikemaskini merangkumi semua item enrolmen.

2. Semak perjawatan guru, pastikan gred SSM yang terkini diambil kira dalam pengisian data.

3. Semak fail JPN dan dapatkan pengesahan daripada kerani sekolah.

4. Semak nombor guru dan bukan guru, pastikan semua staf yang menerima 'pay slip' diisi dengan nombor gaji.

5. Pastikan nombor gaji yang diisi dalam sistem adalah sama dan tepat berdasarkan 'pay slip' yang diterima.(Juga akan digunapakai untuk Aplikasi SSM(Prestasi 2008)

6. Bagi guru yang mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris serta guru bahasa inggeris, sila pastikan elaun BISP diisi dengan tepat. Pihak kementerian akan semak elaun ini berdasarkan subjek mengajar yang diisi dalam matapelajaran mengajar.

7. Pastikan guru yang sepatutnya telah tiada di sekolah dihapus dan diselenggara sepenuhnya agar tidak timbul masalah pertembungan di sekolah lain.

8. Tarikh-tarikh perkhidmatan disemak dan diisi.

9. Sejarah perkhidmatan menjadi item penting di Bahagian Sekolah sekarang. Pastikan sejarah perkhidmatan diberi tumpuan utama dalam data kali ini.

10. Opsyen dan kelulusan guru perlu di semak. Isi berdasarkan sijil asal yang diterima.

11. Guru-guru keluaran Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang bermula pada akhir 1999 perlu ditagging pada kelulusan akademik sebagai lulusan SPM atau STPM bukannya DIPLOMA. Pastikan opsyen mereka diisikan berdasarkan pilihan kod "T" dalam pilihan pertama dan letakan kod "000" atau "TIADA" bagi pilihan opsyen kedua. Ini melainkan kombinasi subjek opsyen 1 dan opsyen 2 tiada dalam senarai pilihan. Nyatakan dalam catatan bagi masalah ini.

12. Maklumat pasangan juga perlu dilengkapkan.

13. Maklumat peralatan PPSMI mengikut tahun dan fasa terlalu banyak keraguan. Sila semak semua peralatan PPSMI dikemaskini dengan sebaiknya.

14. Sila pastikan Mata Pelajaran Ajar Guru tiada lagi wujudnya subjek "LAIN-LAIN" atau "X000". Jika masih berlaku lagi kes seperti ini, sila laporkan dalam ruangan CATATAN, nyatakan apakah subjek lain-lain tersebut.

15. Bagi kod subjek "X001" atau tidak mengajar, sila nyatakan dalam ruangan CATATAN juga, kenapa guru tersebut diberi keistimewaan "TIDAK MENGAJAR" tersebut.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Wassalam

ABDUL HADI BIN IDRIS
UNIT ICT/MAKLUMAT
PPD SELATAN

Isnin, Oktober 27, 2008

MESYUARAT 'TASKFORCE' VERIFIKASI/SEMAKAN/ULASAN RALAT DATA EMIS OKTOBER 2008

Ruj. Kami : PPDS/12/04/004 (02)/2008
Tarikh : 20 Oktober 2008
24 Syawal 1429H

Guru Data EMIS
Sekolah-sekolah Daerah Seberang Perai Selatan.

Melalui dan salinan,
Pengetua/Guru Besar Sekolah berkenaan.


Tuan/Puan,

MESYUARAT 'TASKFORCE' VERIFIKASI/SEMAKAN/ULASAN RALAT DATA EMIS OKTOBER 2008

Adalah dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Satu mesyuarat berkaitan perkara tersebut bagi semua guru data EMIS sekolah akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 03 November 2008 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 Petang
Tempat : Dewan Seminar 2 PPD Selatan

3. Sehubungan itu, pejabat ini memohon jasabaik tuan/puan memberikan pelepasan kepada pegawai/staf berkenaan untuk menjalankan tugas tersebut.

4. Sila bawa bersama keperluan verifikasi data(maklumat /sumber rujukan data EMIS) seperti biasa.

5. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Sebarang kemusykilan atau masalah sila hubungi:
Encik Abdul Hadi bin Idris(Tel:016-4222218/0164221320)

Isnin, Jun 30, 2008

Penghantaran Data EMIS Bulan Jun 2008

Salam.
Semua Guru Data Daerah Seberang Perai Selatan
Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan penghantaran data tersebut hendaklah dihantar secara 'online' melalui blog e-Pengurusan PPD.
2. Walaubagaimanapun disebabkan terdapat masalah teknikal pada 'server' 'online' tersebut, mungkin tuan/puan tidak dapat menghantar data tersebut menggunakan kaedah tersebut.
3. Jasabaik tuan/puan dipohon agar dapat menghantarkan data tersebut melalui email Unit Maklumat seperti berikut:maklumatppds@yahoo.com.
4. Sebarang kesulitan dipohonkan berbanyak-banyak kemaafan.

Wassalam

Ahad, April 06, 2008

Penghantaran Data EMIS bulan-bulan seterusnya

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Tuan/puan guru data sekolah SPS,

Jasabaik dan kerjasama tuan/puan dipohon agar dapat membuat tindakan berdasarkan butiran berikut:-
1. Data EMIS setiap bulan dihantar SEBELUM atau PADA 02 haribulan berikutnya
.
2. Penghantaran data HANYA menggunakan kaedah 'Online'
3. Sebarang masalah penghantaran data hendaklah menghubungi PPD selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh penghantaran SEBENAR.
4. Semua Penyata Bulanan hendaklah dihantar seperti butiran berikut:-

    1 Salinan dihantar terus kepada Unit bekenaan
  1. (Sekolah Menengah-PPD(Encik Mahamad Fauzi bin Saad)
  2. (Sekolah Rendah)-PPD(Encik Md Rijani bin Md Ibrahim)
  3. (Unit Sekolah Menengah JPN)
  4. (Unit Sekolah Rendah JPN)

5. 1 cetakan Pengesahan Data Sekolah dan 3 salinan Ralat data sekolah dihantar terus kepada Unit ICT/Maklumat PPD(up:Encik Abdul Hadi bin Idris)

Jasabaik dan kerjasama tuan/puan diucapkan jutaan terima kasih.

Penghantaran Data EMIS Bulan Februari 2008

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Semua guru data sekolah-sekolah SPS,

Tuan/puan,

Berdasarkan rekod penghantaran, masih terdapat 29 buah sekolah masih belum membuat penghantaran data bulan tersebut.

2. Jasabaik dan kerjasama tuan/puan dipohon agar dapat berbuat demikian, dengan kadar SEGERA.

3. Pihak JPN telah meminta pihak PPD untuk menghantar data tersebut dengan kadar SEGERA untuk kegunaan Unit-unit di JPN.

4. Jasabaik tuan/puan guru data yang masih belum menghantar data bulan tersebut dipohon agar dapat berbuat sedemikian.

Kerjasama dan jasabaik tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Wassalam

Rabu, Mac 19, 2008

Taklimat dan Bengkel Pembinaan dan Pelaksanaan Fail Sumber Maklumat/Data Sekolah

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah
PPD Seberang Perai Selatan

Tuan,

Taklimat dan Bengkel Pembinaan dan Pelaksanaan Fail Sumber Maklumat/Data Sekolah

Adalah dengan hormatnya, saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas.

2. Satu taklimat dan bengkel berkaitan perkara tersebut bagi ketua Pembantu Tadbir /Pembantu Tadbir sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh:26 Mac 2008(Rabu)
Masa:8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:Dewan Utama PPD Selatan

3. Sehubungan itu jasabaik pihak tuan/puan dipohon agar dapat mengarahkan Ketua Pembantu Tadbir ATAU Pembantu Tadbir (1 orang sahaja)sekolah tuan/puan hadir ke taklimat/bengkel tersebut.

4. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

Borang Semakan Perlantikan Guru Data tahun 2008

Assalamualaikum/salam sejahtera.
Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah
Daerah Seberang Perai Selatan.

Tuan,

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, jasabaik dan kerjasama pihak tuan/puan dipohon agar dapat mengembalikan borang tersebut yang telah dilengkapkan ke Unit ICT JPN Pulau Pinang
pada atau sebelum 26/03/2008.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Khamis, Februari 21, 2008

Mesyuarat 'Taskforce' Verifikasi EMIS Januari 2008

Assalamualaikum/Salam sejahtera.

Semua Guru Data,
Melalui Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah berkenaan.

Tuan/puan,

Perkara di atas dirujuk.

2. Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh :25/02/2008(Isnin)
Masa :8.00 pagi - 5.00 Petang
Tempat:Dewan Seminar Utama PPD Selatan

Surat jemputan telah diedarkan oleh pihak PPD(boleh diperolehi-melalui 'pigeon hole' sekolah masing-masing.

3. Semua guru data EMIS diKEHENDAKI hadir.

Harap maklum.

Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan.



Selasa, Januari 29, 2008

Mesyuarat Semakan dan Pembersihan Data SMPP/EMIS Januari 2008

Assalamualaikum/salam sejahtera,

KS(JU) EMIS Seberang Perai Selatan,
Melalui Pengetua/Guru Besar sekolah-sekolah berkenaan.

Bersama-sama ini disertakan surat jemputan tersebut yang boleh dicapai melalui
url berikut:-

http://groups.google.com/group/ictmaklumat-ppds/files


2. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan-tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Wassalam

Sabtu, Januari 19, 2008

Mesyuarat EMIS Kutipan Januari 2008

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Semua Guru data daerah Seberang Perai Selatan,
melalui Pengetua/Guru Besar,
sekolah-sekolah berkenaan.


2. Adalah dengan hormatnya perkara tersebut dirujuk.

3. Sehubungan itu mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh:28 - 31 Januari 2008
Masa:8.00 pagi hingga 5.00 Petang
Tempat:Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pokok Sena

4. Surat jemputan akan menyusul kemudian

5. Sebarang masalah atau kemusykilan sila hubungi :Encik Abdul bin Idris(04-5823678/016-4222218)

Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam

Khamis, Januari 10, 2008

Penghantaran Data EMIS Tahun 2008 Secara 'Online'

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Semua Guru Data,
Sekolah-sekolah daerah Seberang Perai Selatan.

Tuan/Puan,

Mulai Januari 2008 jasabaik dan kerjasama pihak tuan/puan dipohon agar dapat menghantarkan data EMIS setiap bulan secara 'online'.

2. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan, sila hubungi Unit ICT/Maklumat PPD di nombor telefon:04-5823678 atau 016-4222218.

Semoga mendapat kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan.

Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian.

Wassalam.