SENARAI NAMA PEGAWAI UNIT ICT/MAKLUMAT

Abdul Hadi bin Idris(Pen.PPD ICT)

Aktiviti Unit/Pergerakan Pegawai(Kemaskini 19/09/2011) Klik disini!

Kursus Pengendalian dan Penggunaan Wireless Internet SMS(terbuka)
Tarikh:21/09/2011 - 23/09/2011
Masa:8.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat:PKG Nibong Tebal, SPS

(Tutup)

Ahad, April 06, 2008

Penghantaran Data EMIS bulan-bulan seterusnya

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Tuan/puan guru data sekolah SPS,

Jasabaik dan kerjasama tuan/puan dipohon agar dapat membuat tindakan berdasarkan butiran berikut:-
1. Data EMIS setiap bulan dihantar SEBELUM atau PADA 02 haribulan berikutnya
.
2. Penghantaran data HANYA menggunakan kaedah 'Online'
3. Sebarang masalah penghantaran data hendaklah menghubungi PPD selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh penghantaran SEBENAR.
4. Semua Penyata Bulanan hendaklah dihantar seperti butiran berikut:-

    1 Salinan dihantar terus kepada Unit bekenaan
  1. (Sekolah Menengah-PPD(Encik Mahamad Fauzi bin Saad)
  2. (Sekolah Rendah)-PPD(Encik Md Rijani bin Md Ibrahim)
  3. (Unit Sekolah Menengah JPN)
  4. (Unit Sekolah Rendah JPN)

5. 1 cetakan Pengesahan Data Sekolah dan 3 salinan Ralat data sekolah dihantar terus kepada Unit ICT/Maklumat PPD(up:Encik Abdul Hadi bin Idris)

Jasabaik dan kerjasama tuan/puan diucapkan jutaan terima kasih.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

A'kum wbt..
Tuan Peg.Unit Maklumat PPDSPS, bagaimana dengan eksport Laporan Ralat, adakah boleh dihantar melaui email atau hantar mangguanakan disket?

Tanpa Nama berkata...

Salam, Tuan Peg.Unit Maklumat PPDSPS, ralat yang saya cetak adalah sama seperti bulan Feb. 2008 iaitu ralat tentang No. fail LHDN tiada. Adakah perlu dihantar maklumat ralat yang sama sehingga hujung tahun.

Unit ICT PPD Selatan berkata...

Waalaikummussalam...

saudara'tanpa nama',

Untuk makluman saudara, laporan ralat diminta dihantar dalam bentuk cetakan ke PPD.

2. Namun mulai Kutipan bulan APRIL 2008, cetakan dihantar terus ke Unit Maklumat PPD dan data ralat dihantar secara 'Online'.

3. Saudara boleh gunakan penghantaran secara 'online' seperti dalam blog PPD.

Wassalam

Unit ICT PPD Selatan berkata...

Saudara,

Cetakan ralat walaupun sama, tetapi masih terdapat isu yang belum diselesaikan, perlu dihantar kerana KPM/JPN nak lihat sejauhmana proses penyelesaian isu tersebut.

Semoga tuan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Terima kasih.

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

A'kum wbt..,
ada apa-apa makluman dari kementerian ttg lantikan guru bestari + guru data, sekolah nak susun jadual waktu mereka seperti makluman awal, ada 8 waktu dan ada 12 waktu diperuntukkan.
Terima kasih.