SENARAI NAMA PEGAWAI UNIT ICT/MAKLUMAT

Abdul Hadi bin Idris(Pen.PPD ICT)

Aktiviti Unit/Pergerakan Pegawai(Kemaskini 19/09/2011) Klik disini!

Kursus Pengendalian dan Penggunaan Wireless Internet SMS(terbuka)
Tarikh:21/09/2011 - 23/09/2011
Masa:8.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat:PKG Nibong Tebal, SPS

(Tutup)

Selasa, Oktober 28, 2008

PERKARA-PERKARA PERLU PERHATIAN DAN TINDAKAN SEBELUM MESYUARAT EMIS 03/11/2008

Salam/Selamat sejahtera.

Guru Data EMIS
Daerah Seberang Perai Selatan.

TUMPUAN DATA EMIS BERAKHIR 31 OKTOBER 2008

Jasabaik tuan/puan guru data memberikan tumpuan kepada perkara-perkara berikut, demi memudahkan dan menjayakan mesyuarat EMIS pada 03/11/2008 kelak.

1. Pastikan Enrolmen dikemaskini merangkumi semua item enrolmen.

2. Semak perjawatan guru, pastikan gred SSM yang terkini diambil kira dalam pengisian data.

3. Semak fail JPN dan dapatkan pengesahan daripada kerani sekolah.

4. Semak nombor guru dan bukan guru, pastikan semua staf yang menerima 'pay slip' diisi dengan nombor gaji.

5. Pastikan nombor gaji yang diisi dalam sistem adalah sama dan tepat berdasarkan 'pay slip' yang diterima.(Juga akan digunapakai untuk Aplikasi SSM(Prestasi 2008)

6. Bagi guru yang mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris serta guru bahasa inggeris, sila pastikan elaun BISP diisi dengan tepat. Pihak kementerian akan semak elaun ini berdasarkan subjek mengajar yang diisi dalam matapelajaran mengajar.

7. Pastikan guru yang sepatutnya telah tiada di sekolah dihapus dan diselenggara sepenuhnya agar tidak timbul masalah pertembungan di sekolah lain.

8. Tarikh-tarikh perkhidmatan disemak dan diisi.

9. Sejarah perkhidmatan menjadi item penting di Bahagian Sekolah sekarang. Pastikan sejarah perkhidmatan diberi tumpuan utama dalam data kali ini.

10. Opsyen dan kelulusan guru perlu di semak. Isi berdasarkan sijil asal yang diterima.

11. Guru-guru keluaran Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang bermula pada akhir 1999 perlu ditagging pada kelulusan akademik sebagai lulusan SPM atau STPM bukannya DIPLOMA. Pastikan opsyen mereka diisikan berdasarkan pilihan kod "T" dalam pilihan pertama dan letakan kod "000" atau "TIADA" bagi pilihan opsyen kedua. Ini melainkan kombinasi subjek opsyen 1 dan opsyen 2 tiada dalam senarai pilihan. Nyatakan dalam catatan bagi masalah ini.

12. Maklumat pasangan juga perlu dilengkapkan.

13. Maklumat peralatan PPSMI mengikut tahun dan fasa terlalu banyak keraguan. Sila semak semua peralatan PPSMI dikemaskini dengan sebaiknya.

14. Sila pastikan Mata Pelajaran Ajar Guru tiada lagi wujudnya subjek "LAIN-LAIN" atau "X000". Jika masih berlaku lagi kes seperti ini, sila laporkan dalam ruangan CATATAN, nyatakan apakah subjek lain-lain tersebut.

15. Bagi kod subjek "X001" atau tidak mengajar, sila nyatakan dalam ruangan CATATAN juga, kenapa guru tersebut diberi keistimewaan "TIDAK MENGAJAR" tersebut.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Wassalam

ABDUL HADI BIN IDRIS
UNIT ICT/MAKLUMAT
PPD SELATAN

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagi guru kaunseling, jangan masukkkan subjek ajar walaupun dia mengajar. masukkan subjek lain-lain dan tulis di bahagian catatan sebagai subjek bimbingan & kaunseling.

Tanpa Nama berkata...

Diharap pihak PPD/JPN dapat mengeluarkan surat peringatan dengan segera kepada pihak pentadbir sekolah agar mengurangkan masa mengajar kepada guru data iaitu tidak melebihi 12 waktu seminggu seperti mana dalam pekeliling ikhtisas Bil 14/2007 bertarikh 19 Disember 2007 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Dari Guru Data.

Hasnah berkata...

En.Zaikuan,
Tolong hantar alamat sekolah,rumah dan no.hp staf n11 hingga n26 ke email saya Hasnahmatzain@yahoo.com.kerjasama En.Zaikuan diucapkan terima kasih.

Hasnah.