Assalamualaikum/salam sejahtera,
Semua Guru data daerah Seberang Perai Selatan,
melalui Pengetua/Guru Besar,
sekolah-sekolah berkenaan.
2. Adalah dengan hormatnya perkara tersebut dirujuk.
3. Sehubungan itu mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh:28 - 31 Januari 2008
Masa:8.00 pagi hingga 5.00 Petang
Tempat:Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pokok Sena
4. Surat jemputan akan menyusul kemudian
5. Sebarang masalah atau kemusykilan sila hubungi :Encik Abdul bin Idris(04-5823678/016-4222218)
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Wassalam
(Tutup) | Kursus Pengendalian dan Penggunaan Wireless Internet SMS(terbuka)
Sabtu, Januari 19, 2008
Mesyuarat EMIS Kutipan Januari 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
En.hadi boleh tak kami hantar 2 orang guru.
1 orang guru data dan seorang guru pelapis?
kepada yang bertanya ...minta maaf hanya guru data sahaja yang perlu hadir.
maaf di atas sebarang kesulitan
Cikgu Hadi,
Terima kasih di atas maklumat awal yg dihebahkan.
Assalamualaikum..
Semua Kawan-kawan guru data,
sebagai mana biasa, yang perlu dibawa rasanya seperti berikut:
1.Notebook yang dicas sepenuhnya.
2.Extension Wayar
3.Maklumat dan dokumen berkaitan
3.1:Staf
3.2:Enrolmen
3.3:sekolah,peralatan,kemudahan dan lain-lain yang berkaitan dengan maklumat yang terdapat dalam aplikasi EMIS.
betul tak apa yang dinyatakan ini En.Hadi?
Maaf kalau tersalah...
Terima kasih.
Wassalam
Waalaikummussalam...
Terima kasih di atas maklumat yang dinyatakan oleh 'guru data sekolah'
benar..segalanya...dan lain-lain tu apa-apa jua dokumen yang menjadi sumber rujukan kepada guru data untuk memudahkan rujukan dan 'key in' data semasa mesyuarat tersebut berlangsung.(Jangan lupa:FAIL SUMBER EMIS)-iaitu semua dokumen yang dimasukkan dalam sebuah fail semasa 'audit data emis' dulu...ingat tak?..terima kasih di atas segala-galanya..
Wassalam
Menurut surat edaran yang baru diterima, mesyuarat tersebut akan diadakan pada 28-29 Januari 2008.
Saya baru dilantik sebagai guru data sekolah pada tahun ini. Harap dapat bantu saya yang baru nak belajar ini pada masa tersebut termasuk pendedahan sepenuhnya sfesikasi tugas sebagai guru data sekolah.
Terima kasih
Guru data baru,
InsyaAllah cikgu jangan bimbang kami akan bantu cikgu sekadar termampu...InsyaAllah..jumpa nanti di BTPN Pokok Sena pada tarikh-tarikh tersebut.
Sila hubungi saya (Abdul Hadi Idris-di nombor seperti di atas jika ada sebarang masalah atau kemusykilan....
Menurut surat pekeliling JPN bertarikh 08.01.2008 guru data dikehendaki mengajar tidak melebihi 12 waktu seminggu. Bagaimana jika pihak guru besar atau pengetua tidak membenarkannya dengan alasan sekolah tidak cukup guru?
2.Harap dapat jelaskan dengan lengkap dan terperinci bidang tugas guru data seperti dalam Lampiran 1 (senarai tugas guru data).
Terima kasih
Saudara 'Guru data baru'
Merujuka kepada pertanyaan saudara, InsyaAllah rasanya perkara ini akan lebih jelas sedikit masa lagi.Saya percaya apabila pihak KPM melantik dengan rasminya tuan dan kursus telah diberikan, mungkin ada pekeliling atau hal ini akan diperbaiki.Seperkara lagi perlantikan guru data dibuat setelah semua jadual waktu disediakan..InsyaAllah saya aka ajukan perkara ini kepada pihak atasan.Semoga perkara ini akan diperhalusi dan semuanya akan bertambah baik.Sekiranya ada apa-apa kemusykilan, tuan terus hubungi Unit ICT JPN (up:Encik Mohd Roslan bin Darus) atau terus hubungi saya:Abdul Hadi bin Idris{016-4222218/016-4221320/04-5823678.Saya berharap tuan bersabar..sementera perkara ini diperhalusi...Terima kasih.
CIKGU HADI SILA DATANG KE SJKT LADANG CHANGKAT KERANA MASALAH LAPTOP UNTUK SMM TIDAK DAPAT BERPUNGSI DENGAN BAIK . LAPORAN MAKLUMAT MURID MESTI DIHANTAR SEBELUM 15 FEB 2008 TERIMA KASIH.
EN. M. NOOR PEMBANTU TADBIR SJKT LADANG CHANGKAT
Encik Md Noor,
InsyaAllah saya akan datang ke SJKT Ldg Changkat antara 05 - 06/02/2008
Wassalam
Catat Ulasan