SENARAI NAMA PEGAWAI UNIT ICT/MAKLUMAT

Abdul Hadi bin Idris(Pen.PPD ICT)

Aktiviti Unit/Pergerakan Pegawai(Kemaskini 19/09/2011) Klik disini!

Kursus Pengendalian dan Penggunaan Wireless Internet SMS(terbuka)
Tarikh:21/09/2011 - 23/09/2011
Masa:8.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat:PKG Nibong Tebal, SPS

(Tutup)

Sabtu, April 28, 2007

PENGHANTARAN DATA EMIS MAC 2007

Pengetua/Guru Besar,
SK Keledang Jaya
SK Pulau Aman
SK Jawi
SK Tasek Permai
SK Bandar Tasek Mutiara
SK Methodist
SJK(T) Batu Kawan
SMK Mutiara Impian
SMK Batu Kawan
SMK Methodist
SMT Nibong Tebal
SMKA Nibong Tebal.

Tuan/Puan,

PENGHANTARAN DATA EMIS MAC 2007

Adalah perkara tersebut dirujuk.

2. Sehubungan itu jasabaik pihak tuan dipohon agar dapat menghantarkan data tersebut dengan kadar segera sebelum atau pada 02/05/2007.

3. Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam/Salam sejahtera.

RALAT GABUNG DATA BULAN MAC 2007

Guru Besar,
SK Batu Kawan
SK Permatang Tok Mahat
SJK(C) Pai Teik
SJK(C) Keng Koon

Tuan/Puan,

RALAT GABUNG DATA MAC 2007

Adalah dengan ini dipohon jasabaik tuan/puan agar dapat memaklumkan kepada guru data sekolah tuan/puan agar dapat menghubungi Pegawai Maklumat PPD Selatan dengan kadar segera untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam/Salam Sejahtera.

Isnin, April 23, 2007

Pembekalan Komputer/Pencetak,Mesin Pendua Digital(Copy Printer) ke semua sekolah menengah Pulau Pinang

Assalamulaikum/Salam sejahtera.

Tuan/puan,

Pihak Kementerian Pelajaran sedang membekalkan perkakasan tersebut.

Sila ambil maklum.

Rujukan KPM: KP(BS-PP)8786/020/7 (10)
Tarikh: 23 Mac 2007

3. Bagi daerah Seberang Perai Selatan rujuk maklumat berikut:-

6 buah sekolah akan dibekalkan 4 unit pc dan 1 unit pencetak
10 buah sekolah akan dibekalkan 2 unit pc (selebihnya akan dibekalkan kemudian)

4. Model Printer - Samsung ML-2551N

5. Komputer -ACERPOWER FH
Intel Pentium D Processor
1GB Memory
17" LCD Monitor
HDD 80GB(2 Partition)
Windows XP Professional (Service Pack 2)
DVD/CD-RW combo

6. Mesin Pendua Digital(copy printer)Model- RISO RZ330M

7. Untuk makluman pembekalan peralalatan ICT adalah meliputi:

  1. 1 unit komputer dan 1 pencetak untuk pengurusan sekolah bagi tujuan penggunaan sistem aplikasi sedia ada seperti EMIS, SMM SSDM, Sistem Buku Teks, Biasiswa, Edaftar,Data pelajar,Sistem Jadual Waktu dan yang berkaitan di bawah tadbiran Guru Penolong Kanan 1
  2. 1 unit komputer untuk tujuan bukan pengurusan seperti kegunaan kerja bukan akademik seperti kegunaan kerja bukan akademik seperti ko-kurikulum, hal ehwal murid, persatuan dan sebagainya, di bawah tadbiran Guru Penolong HEM.
  3. 1 unit komputer untuk tujuan kegunaan Setiausaha Peperiksaan STPM,SPM dan 1 unit komputer Setiausaha Peperiksaan PMR dan 1 unit mesin OMR bagi tujuan gunasama.
  4. 1 unit digital copier bagi kegunaan umum khususnya bagi pencetakan dalam jumlah yang besar seperti kertas-kertas soalan ujian dan peperiksaan.

8. Bagi pembekalan Fasa I dan II semua sekolah menengah akan menerima peralatan seperti tersebut di atas,manakala pembekalan sekolah rendah akan menerima secara berperingkat bermula bagi sekolah dalam kategori A.

9. Sehubungan dengan itu semua Jabatan Pelajaran Negeri adalah diminta memaklumkan perkara ini kepada semua sekolah yang terlibat.Pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah berhubung dengan En. Yusni Afindi Lukman atau En. Sukimin Juki,Sektor PKICT, Bahagian Sekolah di talian 03-8884-9497/9458/9457.

Harap maklum.

Sebarang kemusykilan sila rujuk atau hubungi:
Unit Pembangunan JPN/PPD
Unit Maklumat JPN/ PPD
Helpdesk:03-42526939 fax:03-42516939(Komputer dan Pencetak)
Helpdesk:04-5372239/4239/8239 Fax:04-5379239(RISO)-Pendua Digital(copy printer)
Helpdesk:(Mesin OMR)-akan dimaklumkan kemudian.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam/Salam sejahtera

UNIT MAKLUMAT PPD Selatan

Jumaat, April 20, 2007

Surat Pergerakan Ralat dan Cicir

Semua Pengetua/Guru Besar,

Tarikh Akhir Penyerahan Pembetulan Surat Pergerakan Gaji(RALAT/CICIR )


Tuan/puan,

Adalah dengan ini dipohon agar pihak tuan/puan mempastikan agar semua staf di bawah pentadbiran tuan/puan telah menerima surat pergerakan tersebut.

2. Sekiranya masih terdapat staf yang belum menerima surat pergerakan gaji tahunan 2007,jasabaik pihak tuan/puan dipohon agar menghantar BORANG RALAT/CICIR ke PPD sebelum atau pada 30 APRIL 2007.

3. Sebarang kelewatan atau kesulitan selepas tarikh tersebut dipohon berbanyak-banyak kemaafan.

Wassalam dan salam sejahtera.

Jadual Pemantauan Penyenggaraan Peralatan ICT 2007



Semua Pengetua/Guru Besar,

Jadual Pemantauan Penyenggaraan Peralatan ICT

Untuk makluman tuan/puan,

Bersama-sama ini disertakan 'Jadual Pemantauan Penyenggaraan Peralatan ICT 2007
yang akan dilakukan seperti dalam jadual..

2. Semoga mendapat perhatian dan kerjasama tuan/puan.

Wassalam dan Salam sejahtera.