Semua kakitangan Sumber EMIS SPS
Melalui Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah berkenaan.
MESYUARAT VERIFIKASI EMIS VERSI 3.2 DAN 4.0
UNTUK KAKITANGAN SUMBER EMIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Adalah perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut seperti butiran berikut:-
Tarikh:03 Julai 2007 hingga 06 Julai 2007(Selasa - Jumaat)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 Petang
Tempat:Makmal Komputer PPD Selatan
3. Semoga dengan kehadiran tuan akan melicinkan perjalanan mesyuarat tersebut dan data yang telah diverifikasi dapat dihantar ke JPN dan KPM dengan sempurna.
4. Kerjasama dan perhatian tuan mengenai perkara tersebut didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
(Tutup) | Kursus Pengendalian dan Penggunaan Wireless Internet SMS(terbuka)
Sabtu, Jun 30, 2007
Mesyuarat Verifikasi Data EMIS Versi 3.2 dan 4.0 Untuk Kakitangan Sumber EMIS SPS
Jumaat, Jun 29, 2007
PENGHANTARAN DATA EMIS VERSI 3.2 DAN VERSI 4.0
Assalamualaikum/salam sejahtera.
Guru Data/pegawai data
sekolah-sekolah Seberang Perai Selatan.
Tuan/Puan,
Perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Kerjsama dan perhatian pihak tuan/puan dipohonkan agar dapat menghantarkan data-data tersebut sebelum atau pada 02 Julai 2007.(up:Unit Maklumat PPD Selatan)
3. Verifikasi peringkat daerah akan diadakan pada 03 Julai 2007 hingga 06 Julai 2007
4. Kerjasama tuan/puan dipohon agar dapat menghantarkan data-data tersebut pada tarikh tersebut demi untuk melicinkan lagi verifikasi data dan penghantaran data ke JPN dan KPM
Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Penghargaan Terima Kasih
Assalamualaikum/Salam Sejahtera...
Semua Guru/Pegawai Data
Terima kasih di atas kerjasama dan usaha giat mengemaskini dan membuat verifikasi data EMIS Versi 3.2 dan versi 4.o.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan jutaaan terima kasih yang tidak terhingga.
2. Semoga kerjasama dan perhatian tuan/puan dapat diteruskan pada masa-masa hadapan.
Wassalam/terima kasih.