Assalamualaikum..
Tarikh tutup adalah pada 30/11/2007
2. Semua sekolah dipohon agar dapat menghantar peserta sebleum tarikh tersebut.
Terima kasih atas kerjasama tuan/puan
(Tutup) | Kursus Pengendalian dan Penggunaan Wireless Internet SMS(terbuka)
Ahad, November 11, 2007
Pendaftaran Bengkel Blog Sekolah
Verifikasi EMIS Okt 2007 Peringkat Daerah dan Negeri
Assalamualaikum..
Semua KS(Kakitangan Sumber EMIS,
Daerah Seberang Perai Selatan)
Melalui Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah berkenaan.
Tuan,
Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh:19 - 21/11/2007(Peringkat Daerah)
Tarikh:21 -23/11/2007(Peringkat Negeri)
Masa:8.00 Pagi hingga 10.00 Malam
Tempat:Jawi Golf Resort, Sungai Jawi, SPS
Surat dan jemputan akan diedarkan kemudian.
Wassalam
Khamis, Oktober 18, 2007
Aplikasi EMIS 4.0 dan Utiliti 4.0 Untuk Kutipan EMIS Oktober 2007
Assalamualaikum..
Semua Guru Data Negeri Pulau Pinang.
Tuan/Puan,
Untuk maklumat tuan/puan aplikasi EMIS 4.0 dan Utiliti EMIS 4.0 Untuk digunakan pada Verifikasi EMIS Oktober 2007 telah dimuatnaik ke dalam blog.
2. Untuk mendapatkan aplikasi tersebut sila dapatkan di URL berikut:
http://groups.google.com/group/ictmaklumat-ppds/files
Sekian.Harap Maklum
Wassalam
Jumaat, Oktober 05, 2007
Mesyuarat Pembinaan Blog Sekolah 2007
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Semua Kakitangan Sumber EMIS(KS)
Daerah Seberang Perai Selatan.
Melalui,
Pengetua/Guru besar,
Sekolah-sekolah berkenaan.
Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk
2. Sehubungan itu, mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 08 - 09 Oktober 2007(Isnin dan Selasa)
Masa: 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat: PKG Butterworth,
d/a SK Mak Mandin,
Jalan Sungai Nyior, Butterworth
Surat jemputan akan diedarkan semasa mesyuarat dijalankan.
Wassalam
Isnin, September 17, 2007
Taklimat Pelaksanaan E-Pengurusan Untuk Pengetua/Guru Besar Sekolah Daerah Seberang Perai Selatan
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pengetua/Guru Besar,
Tuan/Puan,
TAKLIMAT PELAKSANAAN E-PENGURUSAN UNTUK PENGETUA/GURU BESAR
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Adalah dengan hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu, taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh:25 Oktober 2007(Khamis)
Masa: 2.00 Petang
Tempat:Bilik Mesyuarat PPD Selatan
Sasaran: Semua Pengetua SPS dan Guru Besar SJK(T)
Tarikh:26 Oktober 2007(Jumaat)
Masa:8.00 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Selatan
Sasaran: Semua Guru Besar SK dan Guru Besar SJK(C)
Wassalam
*Surat Jemputan akan menyusul sedikit masa lagi.InsyaAllah
Mesyuarat Penjanaan 'Query' EMIS Versi 4.0 Peringkat Negeri P.Pinang Untuk Kakitangan Sumber EMIS
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Kakitangan Sumber (KS)EMIS Negeri Pulau Pinang.
Tuan/Puan,
MESYUARAT PENJANAAN 'QUERY' EMIS VERSI 4.0 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2007 UNTUK KAKITANGAN SUMBER EMIS P.PINANG
Adalah perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan seperti berikut:-
Tarikh: 20,27 dan 28 September 2007
Masa: 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Jawi
14200 Sungai Jawi, SPS(Bersebelahan PPD Selatan)
Wassalam
*Surat akan diedarkan oleh JPN ATAU KS yang terlibat akan dihubungi oleh pihak JPN atau PPD Masing-masing.
*Sila hubungi Pegawai Maklumat PPD Masing-masing untuk maklumat selanjutnya.
Selasa, September 11, 2007
MESYUARAT VERIFIKASI EMIS VERSI 4.0 JUN 2007 (Task force)
Assalamualaikum...
Semua kakitangan sumber EMIS Daerah Seberang Perai Selatan.
Tuan,
MESYUARAT VERIFIKASI EMIS VERSI 4.0 JUN 2007 (Task force)
Adalah dengan hormatnya perkara tersebut dirujuk.
2. Sehubungan itu mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 12 September 2007 hingga 13 September 2007
Masa: 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat:Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pulau Pinang
*Surat Panggilan akan diedarkan semasa mesyuarat. ATAU
(Pihak JPN akan menghantar/menghubungi sekolah terlibat)
Wassalam
Selasa, September 04, 2007
Bengkel Pengemaskinian EMIS Versi 4.0 bagi Guru Data yang Tidak dapat hadir disebabkan menjadi pengawas/pen.Pegawas dan berkursus
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Guru Data/Pegawai Data Sekolah-sekolah Pulau Pinang
Melalui Pengetua/Guru Besar, sekolah-sekolah Pulau Pinang
BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA EMIS 4.0 JUN 2007
BAGI GURU-GURU/PEGAWAI DATA YANG TIDAK DAPAT
HADIR PADA MASA DAN TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN.
Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu, sekolah-sekolah berkenaan dijemput hadir seperti ketetapan berikut:-
Tarikh: 07 September 2007 (Jumaat)
Masa:Seperti ketetapan asal(seperti surat panggilan asal)
Tempat :Seperti ketetapan asal(seperti surat panggilan asal)
Wassalam
*Guru yang terlibat sila maklumkan kepada saya untuk urusan tempahan makan/minum sama ada melalui telefon atau masukkan dalam komen blog ini.
TEL:016-4222218 (Abdul Hadi bin Idris)
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Isnin, September 03, 2007
Aplikasi Semak EMIS 4.0 Taskforce
Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Tuan/Puan,
Pengetua/Guru Besar Sekolah-sekolah Pulau Pinang.
Aplikasi Semak EMIS 4.0 Taskforce
Adalah dengan hormatnya perkara tersebut dirujuk.
2. Sehubungan itu, aplikasi semakan tersebut boleh dicapai(muat turun) melalui url(alamat berikut:-
http://groups.google.com/group/ictmaklumat-ppds/files
Sekian, terima kasih.
Wassalam
Rabu, Ogos 29, 2007
Mesyuarat Pengemaskinian Data EMIS Jun 2007
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Guru Data/Pegawai Data
Sekolah-sekolah Pulau Pinang
Melalui
Pengetua/Guru Besar,
sekolah-sekolah Pulau Pinang
BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA EMIS 4.0 JUN 2007
Adalah saya dengan segala hormatnya ingin merujuk kepada perkara di atas.
2. Sehubungan itu satu bengkel akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:-
TARIKH:
03 SEPTEMBER 2007(Sesi 1)
04 SEPTEMBER 2007(Sesi 2)
05 SEPTEMBER 2007(Sesi 3)
06 SEPTEMBER 2007(Sesi 4)
10 SEPTEMBER 2007(Sesi 5)
11 SEPTEMBER 2007(Sesi 6)
(Sekolah-sekolah yang terlibat mengikut sesi boleh didapati dalam capaian/pautan berikut:-)
http://groups.google.com/group/ictmaklumat-ppds/files
MASA:
08.00 Pagi -05.00 Petang
*Sarapan pagi disediakan(8.00 - 8.30 pagi)*
TEMPAT:
1. Bilik Mesyuarat PPD Utara/Tengah
2.Bilik Mesyuarat SMK Permatang Pasir(Bersebelahan PPD Utara/Tengah)
KEPERLUAN BENGKEL:
1. Notebook yang mempunyai aplikasi dan data EMIS Versi 4.0 Terkini
2.Wayar Penyambung('extension wire')
3.Bahan-bahan/dokumen/maklumat dan keperluan yang perlu untuk kemaskini data versi 4.0 (Peserta tidak dibenarkan meninggalkan bilik bengkel)
Sebarang kemusykilan sila hubungi:Pegawai Maklumat Daerah masing-masing.
Wassalam
Isnin, Ogos 13, 2007
Taklimat Pelaksanaan E-Pengurusan Daerah Seberang Perai Selatan Untuk Penyelaras Makmal Komputer ATAU Penyelaras ICT Sekolah
Penyelaras Makmal Sekolah/Penyelaras ICT Sekolah
(Seperti Di lampiran)
Melalui dan salinan,
Pengetua/Guru Besar Sekolah berkenaan.
Tuan/Puan,
TAKLIMAT PELAKSANAAN E-PENGURUSAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Adalah dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Satu taklimat berkaitan perkara tersebut bagi semua Penyelaras Makmal Komputer ATAU Penyelaras ICT sekolah akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 14 dan 16 Ogos 2007 (Selasa dan Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama PPD Selatan
3. Sehubungan itu, pejabat ini memohon jasabaik tuan/puan memberikan pelepasan kepada Penyelaras Makmal Komputer ATAU Penyelaras ICT Sekolah tuan/puan untuk menjalankan tugas tersebut.
4. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Surat Jemputan boleh dicapai melalui laman e-group
seperti berikut:- http://groups.google.com/group/e-pengurusanppdsps
Selasa, Ogos 07, 2007
Taklimat Pelaksanaan E-Pengurusan Untuk KPT dan PT SPS
Assalamualaikum...
Tarikh:7 Ogos 2007
Masa:9.00 pagi Sesi 1
2.00 Petang sesi ke2
Tempat:Bilik Mesyuarat PPD Selatan
Surat akan diberikan semasa taklimat
Khamis, Julai 19, 2007
Mesyuarat Verifikasi Data EMIS Versi 4.0
Assalamualaikum...
Semua kakitangan sumber EMIS
Daerah Seberang Perai Selatan.
Tuan,
MESYUARAT VERIFIKASI EMIS VERSI 4.0
Adalah dengan hormatnya perkara tersebut dirujuk.
2. Sehubungan itu mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 25 Julai 2007 hingga 27 Julai 2007
Masa: 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat:PKG Tanjong Bunga, Pulau Pinang
Surat jemputan/panggilan boleh diperolehi di alamat seperti berikut:-
http://ppdsps.50megs.com/index.html
Wassalam
Tarikh Penghantaran Data EMIS Versi 4.0
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Semua Guru Data/Pegawai Data
Sekolah-sekolah Seberang Perai Selatan.
Tuan/Puan,
TARIKH PENGHANTARAN DATA EMIS VERSI 4.0
Adalah dipohonkan jasabaik dan kerjasama tuan/puan agar dapat menghantarkan Data EMIS Versi 4.o seperti berikut:
- Tarikh akhir penghantaran sebelum atau pada:24 Julai 2007
- Data seperti pada 30 Jun 2007
- Labelkan mengikut seperti yang telah dinyatakan
- 1 salinan Lampiran Pengesahan Sekolah(Dihantar ke PPD Sahaja)
- Jarak perbatuan yang kemaskini(untuk kegunaan unit kewangan PPDS)
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Khamis, Julai 12, 2007
Mesyuarat Penyelesaian Masalah Data EMIS Tahun 2007 Untuk Kegunaan Aplikasi Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri
Assalamualaikum...
Semua kakitangan Sumber EMIS SPS(KS) /Guru/pegawai Data EMIS Sekolah
Mesyuarat Penyelesaian Masalah Data EMIS Tahun 2007 Untuk Kegunaan Aplikasi Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri
Tarikh : 18 dan 19 Julai 2007 (KS EMIS)/19 Julai 2007)Guru/Pegawai data EMIS)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat: Makmal Komputer PPDS/Dewan Seminar PPDS
(Surat jemputan/panggilan boleh didapati melalui blog Unit ICT PPDS)
Link:http://ppdsps.50megs.com/index.html
Ahad, Julai 08, 2007
Penangguhan Mesyuarat Penyelesaian Masalah Data EMIS Tahun 2007 Untuk Kegunaan Aplikasi Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri
Assalamualaikum...
Semua kakitangan Sumber EMIS SPS(KS)
Adalah dimaklumkan mesyuarat tersebut terpaksa ditangguhkan disebabkan bertembung dengan Verifikasi EMIS Peringkat Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh:10 hingga 13 Julai 2007
Masa : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang
Tempat: Pusat Sumber Pendidikan Negeri(PSPN)
2. Sehubungan itu semua Kakitangan sumber terlibat dan akan dimaklumkan oleh JPN .
3. Diharap semua ks bersedia dan segala kesulitan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Segala sumbangan dan bantuan tuan semoga diberkati Allah hendaknya.
Wassalam
Sabtu, Jun 30, 2007
Mesyuarat Verifikasi Data EMIS Versi 3.2 dan 4.0 Untuk Kakitangan Sumber EMIS SPS
Semua kakitangan Sumber EMIS SPS
Melalui Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah berkenaan.
MESYUARAT VERIFIKASI EMIS VERSI 3.2 DAN 4.0
UNTUK KAKITANGAN SUMBER EMIS DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Adalah perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut seperti butiran berikut:-
Tarikh:03 Julai 2007 hingga 06 Julai 2007(Selasa - Jumaat)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 Petang
Tempat:Makmal Komputer PPD Selatan
3. Semoga dengan kehadiran tuan akan melicinkan perjalanan mesyuarat tersebut dan data yang telah diverifikasi dapat dihantar ke JPN dan KPM dengan sempurna.
4. Kerjasama dan perhatian tuan mengenai perkara tersebut didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Jumaat, Jun 29, 2007
PENGHANTARAN DATA EMIS VERSI 3.2 DAN VERSI 4.0
Assalamualaikum/salam sejahtera.
Guru Data/pegawai data
sekolah-sekolah Seberang Perai Selatan.
Tuan/Puan,
Perkara tersebut di atas dirujuk.
2. Kerjsama dan perhatian pihak tuan/puan dipohonkan agar dapat menghantarkan data-data tersebut sebelum atau pada 02 Julai 2007.(up:Unit Maklumat PPD Selatan)
3. Verifikasi peringkat daerah akan diadakan pada 03 Julai 2007 hingga 06 Julai 2007
4. Kerjasama tuan/puan dipohon agar dapat menghantarkan data-data tersebut pada tarikh tersebut demi untuk melicinkan lagi verifikasi data dan penghantaran data ke JPN dan KPM
Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Penghargaan Terima Kasih
Assalamualaikum/Salam Sejahtera...
Semua Guru/Pegawai Data
Terima kasih di atas kerjasama dan usaha giat mengemaskini dan membuat verifikasi data EMIS Versi 3.2 dan versi 4.o.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan jutaaan terima kasih yang tidak terhingga.
2. Semoga kerjasama dan perhatian tuan/puan dapat diteruskan pada masa-masa hadapan.
Wassalam/terima kasih.
Khamis, Jun 07, 2007
Sabtu, April 28, 2007
PENGHANTARAN DATA EMIS MAC 2007
Pengetua/Guru Besar,
SK Keledang Jaya
SK Pulau Aman
SK Jawi
SK Tasek Permai
SK Bandar Tasek Mutiara
SK Methodist
SJK(T) Batu Kawan
SMK Mutiara Impian
SMK Batu Kawan
SMK Methodist
SMT Nibong Tebal
SMKA Nibong Tebal.
Tuan/Puan,
PENGHANTARAN DATA EMIS MAC 2007
Adalah perkara tersebut dirujuk.
2. Sehubungan itu jasabaik pihak tuan dipohon agar dapat menghantarkan data tersebut dengan kadar segera sebelum atau pada 02/05/2007.
3. Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Wassalam/Salam sejahtera.
RALAT GABUNG DATA BULAN MAC 2007
Guru Besar,
SK Batu Kawan
SK Permatang Tok Mahat
SJK(C) Pai Teik
SJK(C) Keng Koon
Tuan/Puan,
RALAT GABUNG DATA MAC 2007
Adalah dengan ini dipohon jasabaik tuan/puan agar dapat memaklumkan kepada guru data sekolah tuan/puan agar dapat menghubungi Pegawai Maklumat PPD Selatan dengan kadar segera untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Wassalam/Salam Sejahtera.
Isnin, April 23, 2007
Pembekalan Komputer/Pencetak,Mesin Pendua Digital(Copy Printer) ke semua sekolah menengah Pulau Pinang
Assalamulaikum/Salam sejahtera.
Tuan/puan,
Pihak Kementerian Pelajaran sedang membekalkan perkakasan tersebut.
Sila ambil maklum.
Rujukan KPM: KP(BS-PP)8786/020/7 (10)
Tarikh: 23 Mac 2007
3. Bagi daerah Seberang Perai Selatan rujuk maklumat berikut:-
6 buah sekolah akan dibekalkan 4 unit pc dan 1 unit pencetak
10 buah sekolah akan dibekalkan 2 unit pc (selebihnya akan dibekalkan kemudian)
4. Model Printer - Samsung ML-2551N
5. Komputer -ACERPOWER FH
Intel Pentium D Processor
1GB Memory
17" LCD Monitor
HDD 80GB(2 Partition)
Windows XP Professional (Service Pack 2)
DVD/CD-RW combo
6. Mesin Pendua Digital(copy printer)Model- RISO RZ330M
7. Untuk makluman pembekalan peralalatan ICT adalah meliputi:
- 1 unit komputer dan 1 pencetak untuk pengurusan sekolah bagi tujuan penggunaan sistem aplikasi sedia ada seperti EMIS, SMM SSDM, Sistem Buku Teks, Biasiswa, Edaftar,Data pelajar,Sistem Jadual Waktu dan yang berkaitan di bawah tadbiran Guru Penolong Kanan 1
- 1 unit komputer untuk tujuan bukan pengurusan seperti kegunaan kerja bukan akademik seperti kegunaan kerja bukan akademik seperti ko-kurikulum, hal ehwal murid, persatuan dan sebagainya, di bawah tadbiran Guru Penolong HEM.
- 1 unit komputer untuk tujuan kegunaan Setiausaha Peperiksaan STPM,SPM dan 1 unit komputer Setiausaha Peperiksaan PMR dan 1 unit mesin OMR bagi tujuan gunasama.
- 1 unit digital copier bagi kegunaan umum khususnya bagi pencetakan dalam jumlah yang besar seperti kertas-kertas soalan ujian dan peperiksaan.
8. Bagi pembekalan Fasa I dan II semua sekolah menengah akan menerima peralatan seperti tersebut di atas,manakala pembekalan sekolah rendah akan menerima secara berperingkat bermula bagi sekolah dalam kategori A.
9. Sehubungan dengan itu semua Jabatan Pelajaran Negeri adalah diminta memaklumkan perkara ini kepada semua sekolah yang terlibat.Pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah berhubung dengan En. Yusni Afindi Lukman atau En. Sukimin Juki,Sektor PKICT, Bahagian Sekolah di talian 03-8884-9497/9458/9457.
Harap maklum.
Sebarang kemusykilan sila rujuk atau hubungi:
Unit Pembangunan JPN/PPD
Unit Maklumat JPN/ PPD
Helpdesk:03-42526939 fax:03-42516939(Komputer dan Pencetak)
Helpdesk:04-5372239/4239/8239 Fax:04-5379239(RISO)-Pendua Digital(copy printer)
Helpdesk:(Mesin OMR)-akan dimaklumkan kemudian.
Sekian. Terima kasih.
Wassalam/Salam sejahtera
UNIT MAKLUMAT PPD Selatan
Jumaat, April 20, 2007
Surat Pergerakan Ralat dan Cicir
Semua Pengetua/Guru Besar,
Tarikh Akhir Penyerahan Pembetulan Surat Pergerakan Gaji(RALAT/CICIR )
Tuan/puan,
Adalah dengan ini dipohon agar pihak tuan/puan mempastikan agar semua staf di bawah pentadbiran tuan/puan telah menerima surat pergerakan tersebut.
2. Sekiranya masih terdapat staf yang belum menerima surat pergerakan gaji tahunan 2007,jasabaik pihak tuan/puan dipohon agar menghantar BORANG RALAT/CICIR ke PPD sebelum atau pada 30 APRIL 2007.
3. Sebarang kelewatan atau kesulitan selepas tarikh tersebut dipohon berbanyak-banyak kemaafan.
Wassalam dan salam sejahtera.