Salam.
Sektor ICT JPN Pulau Pinang dengan kerjasama Unit ini akan menganjurkan bengkel tersebut seperti berikut:-
Tarikh:13, 15 dan 15 Disember 2010
Masa:8.00 pagi - 5.00 Ptg
Tempat:SK Saujana Indah.
Harap Maklum.
(Tutup) | Kursus Pengendalian dan Penggunaan Wireless Internet SMS(terbuka)
Isnin, Disember 13, 2010
Bengkel Pemurnian Blog PPD Pulau Pinang
Rabu, November 24, 2010
Pendaftaran Online Kursus/Bengkel/Mesyuarat/Seminar 2011
Semua Pengetua/Guru Besar
Daerah Seberang Perai Selatan.
Tuan/puan,
Lantaran membudayakan ICT dalam pengurusan dan ke arah pengurusan yang lebih mantap dan terurus mulai Januari Tahun 2011.Semua kursus/bengkel/seminar/mesyuarat yang akan dihadiri perlulah mendaftar SECARA Online menggunakan laman web yang akan dimaklumkan sedikit masa lagi.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Wassallam/Salam sejahtera.
Kursus Penggunaan Aplikasi ICT 2010
Semua Pegawai dan Staf PPDS sedang mengikuti kursus Penggunaan Aplikasi ICT
Tarikh:24 - 24/11/2010
Masa:8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat:Bilik Mesyuarat PPDS
Sabtu, Februari 14, 2009
Perkembangan Staf Kali 1 Juruteknik Komputer Sekolah-Sekolah SPS 2009
Salam.
Semua Juruteknik Komputer,
Sekolah-sekolah SPS
Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
Merujuk Perkara di atas,ketetapan telah dibuat seperti berikut:-
Tarikh:17 dan 18 Februari 2009
Masa:8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat:Makmal Komputer PPD Selatan
Semua Juruteknik Komputer dijemput hadir.Surat Jemputan rasmi telah dimasukkan ke dalam 'pigeon hole' sekolah masing-masing dan boleh diambil mulai 16/02/2009.
Sebarang masalah atau kemusykilan sila hubungi saya di talian:016-4222218/0164221320
Sekian, terima kasih.Harap Maklum
Selasa, Oktober 28, 2008
PERKARA-PERKARA PERLU PERHATIAN DAN TINDAKAN SEBELUM MESYUARAT EMIS 03/11/2008
Salam/Selamat sejahtera.
Guru Data EMIS
Daerah Seberang Perai Selatan.
TUMPUAN DATA EMIS BERAKHIR 31 OKTOBER 2008
Jasabaik tuan/puan guru data memberikan tumpuan kepada perkara-perkara berikut, demi memudahkan dan menjayakan mesyuarat EMIS pada 03/11/2008 kelak.
1. Pastikan Enrolmen dikemaskini merangkumi semua item enrolmen.
2. Semak perjawatan guru, pastikan gred SSM yang terkini diambil kira dalam pengisian data.
3. Semak fail JPN dan dapatkan pengesahan daripada kerani sekolah.
4. Semak nombor guru dan bukan guru, pastikan semua staf yang menerima 'pay slip' diisi dengan nombor gaji.
5. Pastikan nombor gaji yang diisi dalam sistem adalah sama dan tepat berdasarkan 'pay slip' yang diterima.(Juga akan digunapakai untuk Aplikasi SSM(Prestasi 2008)
6. Bagi guru yang mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris serta guru bahasa inggeris, sila pastikan elaun BISP diisi dengan tepat. Pihak kementerian akan semak elaun ini berdasarkan subjek mengajar yang diisi dalam matapelajaran mengajar.
7. Pastikan guru yang sepatutnya telah tiada di sekolah dihapus dan diselenggara sepenuhnya agar tidak timbul masalah pertembungan di sekolah lain.
8. Tarikh-tarikh perkhidmatan disemak dan diisi.
9. Sejarah perkhidmatan menjadi item penting di Bahagian Sekolah sekarang. Pastikan sejarah perkhidmatan diberi tumpuan utama dalam data kali ini.
10. Opsyen dan kelulusan guru perlu di semak. Isi berdasarkan sijil asal yang diterima.
11. Guru-guru keluaran Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang bermula pada akhir 1999 perlu ditagging pada kelulusan akademik sebagai lulusan SPM atau STPM bukannya DIPLOMA. Pastikan opsyen mereka diisikan berdasarkan pilihan kod "T" dalam pilihan pertama dan letakan kod "000" atau "TIADA" bagi pilihan opsyen kedua. Ini melainkan kombinasi subjek opsyen 1 dan opsyen 2 tiada dalam senarai pilihan. Nyatakan dalam catatan bagi masalah ini.
12. Maklumat pasangan juga perlu dilengkapkan.
13. Maklumat peralatan PPSMI mengikut tahun dan fasa terlalu banyak keraguan. Sila semak semua peralatan PPSMI dikemaskini dengan sebaiknya.
14. Sila pastikan Mata Pelajaran Ajar Guru tiada lagi wujudnya subjek "LAIN-LAIN" atau "X000". Jika masih berlaku lagi kes seperti ini, sila laporkan dalam ruangan CATATAN, nyatakan apakah subjek lain-lain tersebut.
15. Bagi kod subjek "X001" atau tidak mengajar, sila nyatakan dalam ruangan CATATAN juga, kenapa guru tersebut diberi keistimewaan "TIDAK MENGAJAR" tersebut.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Wassalam
ABDUL HADI BIN IDRIS
UNIT ICT/MAKLUMAT
PPD SELATAN